Monday, September 7, 2009

Kakak Dan Perangainya

Salam semua,

Saya telah berjanji akan menceritakan tentang perangai kedua-kedua kakak saya pada post yang lepas. Jadi hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang mereka. Yang pertama bernama Siti Rohaya dan yang kedua Siti Rohani. Sesuai nama diorang kan. Seorang Rohaya dan seorang lagi Rohani. Mungkin sebab nama ibunda saya Rokiah kot. Sebab itu mereka berdua bermula dari huruf R juga. Nasib bukan nama saya Romeo. :)

Ok begini, masa zaman saya kanak-kanak dahulu, mereka ini yang selalu kacau dan buli saya mungkin sebab mereka excited sebab dapat adik lelaki. Saya masih ingat lagi, saya dipakaikannya tudung dan juga baju kurung, selain dari itu jubah dan juga pakaian koboi. Mungkin masa zaman-zaman saya dahulu memang mudah untuk mendapatkan pakaian koboi kot. Siap dengan topi dan juga pistol. Dah sebijik macam adik Norkiah Hanum dalam cerita Cikgu Shaari (Masam-masam manis yang P.Ramlee berlakon tu).

Setiap kali selepas berbuka puasa, arwah abah akan menyuruh mereka menemankan saya bermain bunga api. Merekalah yang tolong bakarkan lilin dan tolong nyalakan bunga api saya. Saya ingat lagi jenis-jenis bunga api yang arwah abah selalu beli (dapat sebenarnya) antaranya bunga api kucing (yang cover dia gambar kucing dan batang besi), mercun katak dan ular (warna hitam bila bakar dia akan memanjang naik ke atas).

Hmm.. nanti kalau ada yang teringat lagi, saya akan post kan. Sekian

Monday, August 31, 2009

Zaman Kecil Ku

Assalamualaikum semua,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang zaman kanak-kanak saya 20 tahun yang lepas. Walhal banyak yang saya sudah lupa. Jadi apa yang teringat saya akan coret di sini. Agar ianya dapat menjadi tatapan anak-anak dan cucu-cucu suatu hari nanti. (itu pun jika url ini masih wujud lagi).

Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana yang mempunyai 2 orang kakak yang sulungnya lahir pada 3/1/1972 dan yang tengahnya lahir pada 27/8/1974. Manakala saya pula lahir pada tahun 1981. Beza 7 tahun dengan kakak yang tengah.

Saya akan sambung di kemudian hari berkenaan perangai mereka di post yang akan datang. Minta maaf jika terlalu pendek, bukan apa sebab saya sudah terlalu mengantuk dan tetiba dapat idea untuk menceritakan kisah-kisah silam. Jadi tunggu entry setrusnya. Sekian

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang ke Diari KamiKreatif

Assalamualaikum Semua,

Terlebih dahulu terima kasih kerana sudi menjenguk page diari KamiKreatif ini. Diari KamiKreatif ini adalah subpage dari page yang asal iaitu KamiKreatif blogspot.

Saya mewujudkan diari ini adalah ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang difikirkan oleh saya dan mungkin sedikit kisah kehidupan saya seharian. Tujuan saya yang sebenarnya adalah untuk merekod apa yang saya telah dan akan lakukan agar ianya tidak hilang begitu sahaja.

Saya sudah beberapa kali menulis segala perancangan, perbuatan dan aktiviti yang saya lakukan setiap hari di dalam diari. Tetapi akhirnya diari itu hilang begitu sahaja, kalau tidak hilang pun mungkin untuk menulis secara tradisional itu tidak mendatangkan keseronokan. Di dalam dunia blog ini untuk saya menulis lebih seronok kerana banyak elemen yang kita boleh ubahsuai baik dari segi hiasan pagenya dan juga corak penulisan.

Jadi saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa meng"update" subpage Diari ini. Sekian, kita jumpa lain kali.